sekejap jer masa berlalu..dr tahun 2010 hingga 2013 telah menjadi sejarah...banyak kenangan yang dilalui suka sedih hanya terdapat diUSM....bukan mudah untuk mendapat segulung ijazah...macam2 dugaan diterima....teringgat kembali semasa ingin menyiapkan sebuah projek tahun akhir.......banyak sangat duit mengalir keluar...bukan keraana berjoli tetapi semata2 untuk mendapatkan kptasan yang terbaik untuk FYP...sanggup tak makan hampir seminggu...mengikat perut untuk membeli keperluan FYP......tetapi Allah telah membantu dengan memberi kesihatan yang baik...alhamdulilah...sanggup menebalkan muka untuk berhutang semata2 untuk FYP....di minggu peperiksaan pula kehilangan insan yang menjaga sejak kecil dan memberi didikan sehingga ke USM..semangat dan dorongan tidak putus sehingga aku boleh ketahap ini..... alhmdulillah atas nasihat seorang abang aku kuat untuk menghadapi semua ini... tidak lama pula ayah kemalangan. habis tangan dan jari patah..urat di jari putus....terpaksa berhenti kerja sehingga sekarang.... aku terpaksa menjaga dan memberi rawatan tiap2 hari ke klinik dan hospital semata-mata untuk ayah berada dalam keadaan yang baik dan cepat sembuh... tawaran kerja terpaksa di tolak dan ditangguh tarikh kemasukkannya kerana tanggungjawab sebagai anak itu penting.... tidak ada sapa yang boleh bawa ayah g klinik dan g rawatan susulan untuk tiap2 hari...nak harapkan adik tiada..nak harapkan akak sudah bekerja dan ikut suaminya..... terpaksalah berkorban masa dan tenaga untuk ayah tercinta....begitu besar tanggujawab yang aku pikul........kerja hanya mampu menolong makcik di kedai makan....dapat pon tak seberapa..cukuplah lepas untuk mendapatkan rawatan ayah dan duit tuang minyak ke hospital dan klinik.... tetapi alhamdulillah kerana sekali lagi Allah berikan aku semangat dan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak...alhmdulillah sekarang ayah semakin pulih.....apabila masuk ke DTSP untuk raptai penuh konvokesyen ke 48...masyaAllah begitu sebak sungguh hati ini memikirkan susah payah berada di USM....nasib baik makcik sanggup datang untuk melihat anak buahnya ini bergraduasi bolehlah ayah n mak tumpang sekali....masa konvo diploma dulu arwah atok menanggis kerana aku dapat menghadiahkannya sebuah piala dengan gelaran pelajar terbaik keseluruhan diploma Institut Kraf Negara tahun 2007...itulah kenangan tahun 2007...tak taulah masa tarikh 22.09.2013 nanti...orang yang banyak bagi semngt dan sanggup susah dan senang di USM tidak berada di USM kerana ada urusan luar....sedih pon ada tarikh sejarah tersebut tanpa mereka....kita hanya mampu merancang hanya tuhan saja menentukannya......
firstly..terima kasih buat pensyarah di USM kerana memberi tunjuk ajar sehingga saya layak bergraduasi untuk tahun ini...tak lupa juga keluarga MPDAD yang memahami dan banyak bantu dalam segala hal....buat abang dan adik yang menjadi tulang belakang sepanjang di USM terima kasih sanggat...buat rakan sekelas terima kasih kerana sudi berkawan ngan saya....maaf jika saya ada hutang dan tidak dapat langsaikan dalam masa terdekat....sedikit masalah menyebabkan aku terhimpit.......semua hutang2 itu akan di bayar tetapi doakanlah semoga cepat dilunaskan....mohon sangat2......janganlah suka mendengar kata orang jika ianya tidak pasti, janganlah mengiakan sesuatu perkara jika tanpa bertanya mengapa ianya terjadi dan mendengar sebelah pihak sahaja....dan tolonglah jangan suka menjadi talam dua muka...... sesungguhnya aku tidak merancang semua ini tetapi ini adalah dugaan dari Allah supaya aku menjadi tabah....coretan bukan untuk menanggih simpati tetapi inilah hakiki yang menjadikan aku begini...semoga menjadi pengajaran bersama...


