Monday, March 11, 2013

cetusan hati keminda untuk tatapan jiwa merdeka

Assalammualaikum....dan salam sejahtera

berkorban apa saja demi mengeratkan lagi kasih dan sayang antara satu sama lain....sekelip mata ianya akan berlalu untuk mengejar satu haluan yang pasti...begitulah luahan hati yang bakal menghiasi waktu dan hari...apa2 pon terima seadanya walaupun perpisahan yang terjadi.....huhu...rasa cepat benar masa berlalu...segala cebisan kenangan yang menjelma akan tinggal kenangan.....

bersaudara, berkasih, bersahabat, berkawan semuanya indah diwaktu belaja kerana disitu letaknya nilai sebuah perhubungan...disitu kita akan kenal sebuah kaca atau permata yang perlu dijaga dan dihindar. bukan mudah mencari permata yang bersinar untuk dijadikan madu dalam perhubungan, dan begitu mudah mencari kaca untuk dijadikan racun dalam persahabatan... semuanya akan kita lalui demi mengecapi impian yang satu kerana itu adalah lumrah alam dan lumrah kehidupan....

yang pasti kita sebagai insan yang bergelar manusia harus bijak memilih antara kaca dan permata...anggaplah itu semua pengalaman hidup yang akan mendewasakan kita untuk menghadapi hari mendatang.....kerana setiap apa yang terjadi merupakan titik permulaan untuk kita terus berjaya dan terus mengharungi sisa-sisa hidup sebagai manusia...

seronok berkasih, indah berkawan, bahagia bersaudara, gembira sebuah perhubungan...semoga permata yang bersinar yang sentiasa berada disisi akan terus dijaga dan dipelihara agar sinarnya akan sentiasa terus bersinar menerangi kehidupan kita....itulah merupakan satu ikatan murni yang dikurniakan oleh Illahi sebagai peneman hidup dikala susah dan senang......

salam sayang pengganti diri....putera Jaffar mohon permisi...

No comments:

Post a Comment